Wednesday, September 30, 2009

RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO BAHASA MELAYU

Nama Guru : Siti Noraein Bte Hamzah

Tahun : Kelas 1 Amanah

Bil Murid : 4 orang

1. Nor Adila Jani
2. Halimaton Saadiah Bte Abdul Razak
3. Farrah Raihana Bte Ramli
4. Siti Nur Aisyah Bte Ab’llah (murid baru)

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 10/09/09

Masa : 8:30pagi-9:00pagi

Kemahiran : Menulis mekanis

Tajuk : Menulis perkataan mudah dengan huruf vokal dan konsonan.

Penggabungjalinan : Pendidikan seni

KBKK : memadan dan menulis huruf a-z

BBM : papan putih, papan teka silang kata, lembaran kerja, pensel

Kumpulan Citrawarna
1. Nor Adila Jani
2. Siti Nur Aisyah Ab’llah
Kumpulan Pelangi
1. Farrah Raihana Bte Ramli
2. Siti Noraein Bte Hamzah

Pengetahuan
sedia ada
:

Kumpulan Citrawarna
Mengenal huruf vokal sahaja

Kumpulan Pelangi
Mengenal huruf vokal dan konsonan

Hasil
Pembelajaran
:

Pada akhir p&p,murid dapat:
Kumpulan Citrawarna
1. mengenal dan menulis awalan huruf konsonan dan vokal pada awalan perkataan.
2. menjawab 4/8 soalan yang diberi.

Pada akhir p&p, murid dapat:
Kumpulan Pelangi
1. membeza huruf vokal dankonsonan pada awalan perkataan.
2. menjawab 7/8 soalan yang diberi

Set induksi
8.30-8.35 pagi
(5minit)
Guru mengajar murid menyebut beberapa perkataan bermula dengan huruf vokal dan konsonan dua atau tiga suku kata. Contoh perkataan jambu, epal, oren, kacang dan lain-lain.

jam + bu – jambu ka + cang – kacang
o + ren – oren e + pal –epal

Langkah 1
8.35-8.45 pagi
(10 minit)

Kumpulan Citrawarna
1. Guru mengajar murid menulis dan mengenal perkataan mudah menggunakan kad gambar.
2.Murid diminta mengeja perkataan tersebut dan meneka golongan huruf awalan pada perkataan.

Kumpulan Pelangi
1. Guru melaksanakan aktiviti teka silang kata yang pelbagai jenis perkataan mudah daripada buah-buahan, sayur-sayuran atau kekacang.
2. Murid juga diminta menulis huruf-huruf tertinggal di papan putih.

k_ c _ _ g
r _ _ b _ _ _ n
d _ _ _ _ n
l _ _ g _ _ t

Langkah 2
8.45-8.50 pagi
(5 minit)

Kumpulan Citrawarna
1.Guru meminta murid mengisi tempat kosong perkataan yang terdiri huruf konsonan.
2.Murid membulat dan menulis semula jawapan perkataan huruf vokal dan konsonan di papan putih.

_ a _ a _ _ kacang
_ a _ _ u _ a _ rambutan
_ u _ i a _ durian
_ a _ _ _ a _ langsat
e _ a _ epal

Kumpulan Pelangi

1. Guru mengajar murid kategori-kategori buah-buahan yang bermula dengan huruf vokal dan konsonan.
2. Murid diminta menyebut nama buah-buahan dengan betul.

Langkah 3
0850pagi-0855pagi
(5 minit)

Kumpulan Citrawarna
1.Guru melaksanakan aktiviti teka silang kata.
2.Murid juga melaksanakan aktiviti melukis dan mewarna gambar mengikut perkataan yang sesuai.

Kumpulan Pelangi
1.Guru melaksanakan aktiviti suai padan gambar dengan huruf vokal atau konsonan yang bersesuaian.
2.Guru melaksanakan aktviti kuiz berkumpulan dan meminta murid menjawab dan menyusun semula perkataan terbalik dengan betul di papan putih.

Penutup
0855-0900pagi
(5 minit)

1.Guru mengulang kembali atau kesimpulan pengajaran kemahiran menulis mekanis .
2.Guru memberi pujian dan bintang kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan yang diberi dengan betul.

Refleksi: Guru berasa gembira kerana objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari ini telah tercapai walaupun terdapat beberapa orang murid yang masih lemah penguasaannya dalam membezakan cara menulis huruf konsonan dan vokal kemahiran motor halus amat sederhana dan diharap pada pengajaran dan pembelajaran akan datang,latihan pengukuhan dan bimbingan guru akan diperbanyakkan.

No comments:

Post a Comment