Monday, October 5, 2009

TINGKAH LAKU BERMASALAH

1.0 PENGENALAN
Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.

Berdasarkan daripada kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

1.1 DEFINISI DAN KONSEP
Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang sesorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus.
Pada umumnya hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa;

“ Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa.”

“ Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positf jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik.”

“Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu”
(Bear, Wolf and Risley, 1968)

“Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku.”
(Kamus Dewan, 1979)

Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini. Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut; perancangan yang rapi, tentukan individu atau kumpulan, teknik intervensi yang berkesan dan penilaian secara objektif.

Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu setiap murid adalah unik
tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid
proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid saling berkait).

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa, Atlantic City - JTM Hub
    Borgata Hotel Casino & Spa 김천 출장안마 is 의정부 출장안마 the ultimate destination for gaming 양산 출장샵 and 통영 출장샵 entertainment, featuring more than 2600 electronic 밀양 출장샵 games, a popular Nightclub,

    ReplyDelete