Portfolio
• Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
Ciri-ciri portfolio
• Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti.
• Dijalankan secara kolaboratif.
• Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk.
• Menggalakkan pembelajaran secara interaktif.
• Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.
Penilaian portfolio
• Berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil.
• Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.
• Lebih terbuka dan seimbang
• Dimantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran
• Dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama
Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina
Portfolio kerja harian
• Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
• Contoh : soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.
Portfolio dokumen/ Documentari Portfolio
• Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu jangkamasa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
• Contoh: satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tertentu.
Kegunaan portfolio
• Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
• Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri.
• Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar
• Mempelbagaikan bukti penilaian.
• Membolehkan penilaian dalam bidang afektif.
Perancangan
Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara harus diambil kira:
Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara harus diambil kira:
1. soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
2. Isi kandungan portfolio
3. Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
4. Penilaian portfolio.
Cara membina portfolio
Peringkat | Strategi | Aktiviti |
Menentukan Tujuan Portfolio | - Menghuraikan tujuan portfolio. - Menghuraikan instrumen portfolio. - Refleksi/menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran. | |
Menentukan isi portfolio | - Menghuraikan jenis/ aktiviti pembelajaran. - Menghuraikan luas bidang pembelajaran. - Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran. - Memastikan kriteria ini jelas dan mudah difahami. - Memastikan kriteria ini tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan. - Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang. | |
Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar. | - Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
- Refleksi /menyemakhuraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran. |
Mengumpul maklumat
• Pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.
- Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan
cetak dan Teknologi maklumat.
- Lawatan
- Temubual
• Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail.
- inti/rumusan dari pelbagai sumber
- Imbas gambar foto
- Bentukk soal semak di komputer
- Sambungkan gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.
Bagaimana menilai portfolio?
• Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
• Menggunakan peta perkembangan pelajar .
• Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti .
• Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
Merekod penilaian portfolio
• Penilaian awal
• Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut skala.
• Senarai ciri paling penting
• Penentuan gred
Senarai semak porfolio- Penilaian peringkat perancangan
• Peringkat perkembangan/proses.
• Peringkat penilaian.
• Peringkat refleksi/
• penutup.
• Sikap interaksi dan penglibatan.
- Penilaian Melalui Pemerhatian
• Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
• Meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
• Boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot dan Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing.
Pelaksanaan Proses Pemerhatian
a. Kualiti Pemerhatian
b. Bentuk Perancangan
c. Rekod Pemerhatian
a) Kualiti Pemerhatian
Guru perlu:
Ø Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.
Ø Peka terhadap perubahan.
Ø Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
Ø Ikhlas dan jujur.
Ø Bersikap terbuka.
Ø Tekal dan stabil.
b) Bentuk perancangan
Bentuk perancangan??
- Perancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.
- Mengenal pasti aspek yang hendak dinilai.
- Menetapkan jangka waktu proses penilaian.
- Menyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.
- Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod, dan melapor.
- Merangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.
c) Rekod Pemerhatian
Rekod pemerhatian yang diperlukan:

- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.

- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .

- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

Jenis-Jenis Pemerhatian
Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan
dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu:
1. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
- melapor apa yang dilihat sahaja.
- menggunakan tafsiran (hipotesis).
2. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
- Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
3. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
- jangka waktu yang berperingkat.
Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut
berbagai-bagai strategi, antaranya ialah:








Fungsi
- Penilaian melalui pemerhatian:



- Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya.
- Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.
- Membantu guru mengetahui
- sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran
yang diajarkan dan apakah yang mendorong
atau menolak minat tersebut.
- adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yang
positif.
- bagaimanakah kemampuan berfikir mereka?
- Mampukah mereka menaakul apa yang tersirat?
CONTOH 1 : Penggunaan Alat Pengukuran ‘Rekod Anekdot’
a. Kecekapan linguistik/bahasa:

b. Kecekapan :

c. Kecekapan muzik:

d. Kecekapan ‘bodily-Kinaesthetic’:

e. Kecekapan intrapersonal:

f. Kecekapan interpersonal:

UnTuk mENdapAt sEsuAtu,hAruS meNcari daN berUSaha!